Kaji Selidik

Cara pengenalan laman web rasmi kami
 
Unit Khidmat Penyayang
UNIT PENYAYANG WARGA EMAS (UPWE)


Unit Penyayang Warga emas (UPWE) ini merupakan satu lagi perkhidmatan/kemudahan yang diberikan oleh MPKSM terhadap golongan sasaran warga emas yang layak.  Warga emas akan menerima perkhidmatan pengangkutan percuma untuk mendapatkan pemeriksaan atau rawatan di hospital atau klinik samada milik Kerajaan atau swasta.  Untuk lain-lain urusan sosial warga emas, perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah JKMM/Pengarah JKM Negeri/Pegawai JKM Daerah.  Program UPWE dijalankan berpusat pada lingkungan sekitar PJHWE di mana kenderaan UPWE ditempatkan. Seorang pemandu kenderaan UPWE dilantik bagi memastikan program ini berjalan lancar, diselia oleh Pegawai Operasi (Penyelia PJHWE) dan ia dipantau oleh Setiausaha Kehormat MPKSM Negeri.
 
Sehingga kini 11 buah van ditempatkan di:-
 
1. Perlis
2. Kedah
3. Raub, Pahang
4. Pekan, Pahang
5. Kelanan
6. Pulau Pinang
7. Melaka
8. Johor
9. Terengganu
10. Perak
11. Selangor

ASRAMA PELAJAR MISKIN 

Mini Asrama pelajar miskin biasanya di sediakan untuk pelajar-pelajar dari kawasan pendalaman, memandangkan jarak yang jauh bagi mereka untuk berulang alik pada setiap hari.Kemudahan begini dapat memberi peluang kepada mereka menyertai kegiatan-kegiatan ko-kurikulum dan masa untuk menyiapkan kerja-kerja rumah.Dengan penubuhan Mini Asrama berhampiran dengan sekolah, MPKSM dapat membantu mengatasai masalah perjalanan yang jauh dan menjimatkan masa serta mempunyai waktu yang cukup untuk kegiatan ko-kurikulum dan menumpukan lebih perhatian terhadap pelajaran.
 
Terdapat dua cara didalam menguatkan program ini iaitu: 
 
(i) menyewa rumah kampung; 
(ii) membaiki atau mengubahsuai bangunan kerajaan atau persendirian yang kosong untuk digunakan. 
 
Pengurusan asrama-asrama kecil yang  berhampiran dengan sekolah-sekolah bagi pelajar-pelajar miskin dapat membantu mereka bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi fizikal kerana ini dapat menjimatkan masa mereka yang terbuang dengan berjalan jauh untuk ke sekolah-sekolah mereka.  Majlis membayar RM 30.00 seorang sebulan kepada pelajar tersebut.  Sehingga kini Majlis  mengendalikan 19 buah asrama bagi menempatkan seramai 1,035 pelajar miskin. 
 

Bantuan Kepada Pelajar Miskin

TUJUAN :
Rancangan ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin yang kurang bernasib baik dari sesebuah keluarga yang telah kehilangan pencari nafkahnya atau pencari nafkah yang tidak berkemampuan kerana keuzuran. Bantuan ini diberikan supaya pelajar-pelajar miskin dari kawasan pendalaman dapat tinggal di asrama-asrama kecil yang disediakan oleh MPKSM. Kemasukan mereka adalah diatas sebab-sebab berikut :- 
 
i) Jarak yang jauh untuk berulang-alik 
ii) Memberi kemudahan untuk mereka menyertai kegiatan-kegiatan ko-kurikulum. 
iii) Memberi masa untuk mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah di rumah. 
 
 
KELAYAKAN : 
Pelajar-pelajar miskin yang layak dipertimbangkan bantuan ini meliputi   
 
i) Mereka yang terpaksa ditinggalkan oleh ibu bapa yang menerima rawatan perubatan. 
ii) Mereka yang mempunyai ibu bapa/penjaga yang tidak berkemampuan, putus pencarian sementara, uzur serta cacat atau berpenyakit. 
iii) Mereka rang yatim/yatim piatu. 
iv) Mereka yang disyorkan oleh pihak Pengetua/Guru Besar sekolah berkenaan. 
 
KADAR BANTUAN :
 i) Bantuan maksima dibawah sekim ini ialah sebanyak RM 30.00 
sebulan bagi setiap pelajar miskin yang tinggal di Asrama Kecil MPKSM. 
ii) Seboleh-bolehnya pembayaran bantuan hendaklah diselesaikan dalam masa satu bulan sebelum pembayaran selanjutnya dibuat. 
 
PROSIDUR
PELAKSANAAN   :
i) Menerusi  permohonan  kepada  MPKSM  Cawangan   Negeri/            Daerah.
ii) Menerusi  permohonan  Pengetua / Guru  Besar  sekolah yang  memerlukan perkhidmatan ini. 
 
PENYIASATAN :
Laporan penyiasatan yang lengkap dari :
 
i) Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah atau 
ii) Pengetua/Guru Besar sekolah berkenaan 
iii) Laporan ini hendaklah dijadikan sebagai dokumen sah mengenai penghuni berkenaan. 
 
KELULUSAN
Kuasa meluluskan bantuan kepada pelajar ialah Jawatankuasa  Kerja MPKSM Cawangan Negeri/Daerah. 
 
PEMBAYARAN
i) Pembayaran  bantuan   dibuat       kepada     pelajar   miskin  
yang   menghuni Asrama Kecil MPKSM seberapa cepat pada setiap bulan. 
ii) Jumlah bantuan ini akan digunakan untuk bayaran sewa rumah dan utiliti. 
 
KAJISEMULA  : 
Mesti dibuat dalam tempoh setiap enam bulan sekali oleh  Jawatankuasa Kecil MPKSM Cawangan Negeri/Daerah. 
 
DAFTAR /REKOD 
PELAJAR MISKIN :
Daftar dan rekod maklumat-maklumat penting setiap pelajar miskin yang tinggal di Asrama Kecil MPKSM hendaklah diselenggarakan. Butir- butir maklumat tersebut ialah seperti nama, umur, darjah/ tingkatan di sekolah, tempoh masa bantuan yang perlu dipertimbang kan, kesihatan dan sebagainya. 

UNIT PENYAYANG WARGA EMAS (UPWE)

 

BIL

 

NEGERI

 

LOKASI

PENEMPATAN VAN

 

NO.TEL.FAX

 

PENYELIA/

PEGAWAI OPERSI

 

PEMANDU

 

 

1.

 

PERLIS

 

KompleksPenyayang

Dr.Siti Hasmah,

Jln.Jejawi Utan Buluh,

02600 Arau Perlis.

 

04-9760913 (Tel)

04-9763455(Fax)

MPKSM Perlis

 

En.Abd.Shukor bin Mohd Kassim

H/P: 012-4758680

Nurul Atika bt Yusop

No.HP  017-4422827

 

En.Nasrisham bin Talib

013-5818599

En.Abd.Razak b.Ishak

017-5787648

(Pemb.Pemandu)

 

2.

 

KEDAH

 

PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS DAERAH KULIM

09700 Kulim,Kedah D.A.

 

 04-4039661(Tel)

 

CikJumilah Bt Ismail

013-4304979

 

Hj.Mohd Sapah Bin Ismail

013-4219402

 

3.

 

P.P.

 

R.S.Permatang Tinggi

Jln.Besar,Pmtg. Tinggi

14100 Bkt.Mertajam,P.P.

 

 

04-5887080 (Tel)

04-5872025 (Fax)

 

 

Cik Saw Beng Sim

012-4242868

 

 

Marry Lee

012-4966067

Pemb. Pemandu –Heng Ooi Heong/ 017-4739929

 

4.

 

PERAK

 

PAWE TanjungMalim

Lot 99, Jln.Ketoyong.

35900 Tg.Malim,Perak

 

05-4581323 (Tel/Fax)

 

 

Pn. Yam bt Abdul Hamid

(012-2664041)

 

En.Sokkiah a/l Nadason

 

 

5.

 

 

 

S.GOR

 

 

 

PAWE SabakBernam

Jalan Parit 1,Sg. Besar,

45300 Selangor

 

03-32244225 (Tel/Fax)

 

 

En.Bahari Bin Baharom

013-2664041

 

Nazarul Fahmi bin Md Shariff

019-2567501

 

6.

 

 

 

7.

 

 

 

PAHANG

 

PAWE Pekan

Lot 2592,Kg.Geylang,

26600 Pekan,Phg.

 

PAWE Raub

Lot.68,Jln Lipis

27600 Raub,Phg.

 

09-4228205 (Tel)

09-4227776(F)

 

 

09-3553396(Tel/Fax)

 

 

En.Mohd Shariff Bin Salleh

019-9216152

 

Pn.Suzilawati Jazilah Bt Abd.Khalid

019-9376087

 

Abd.Rahman Bin Mansor

012-9865262

 

 

Abu Bakar Bin Jusoh @ Low Chin Kee

012-9512493

 

8.

 

 

 

T’GANU

 

PAWE Besut

PT 3426,Jln.Tembila,

Kg.Paya Rawa,

22000 Besut,T’ganu

 

09-6954001 (Tel)

09-6958935 (Fax)

 

 

Pn.Zuraida bt Aziz

019-9327742

 

Hashim Bin Abdullah

012--9911005

 

9.

 

 

 

JOHOR

 

PAWE Jln.Hj.Manan

Lot 1142,Jln.Hj.Manan,

86000 Kluang,Johor

 

07-7760023 (PAWE)

PKMD Kluang

07-7722434 (Tel)

07-7733304 (Fax)

 

  

 

 

 

10.

 

MELAKA

 

 

Rumah Sejahtera

Solok Bkt. Pulau,

Bukit Baru,

75150 Melaka

 

06-2824848

(Tel/Fax)

MPKSM Melaka

 

 

Hjh.Halimah Maricar

012-6120956

 

Mohd Ridzuan Bin Rosli

017-6774156

 

11.

 

K’TAN

 

PAWE Kemumin

Jln.Padang Tembak.

Pengkalan Chepa,

16100 K .Bharu, Kelantan

 

09-7733023 (Tel/Fax)

 

 

 

 

Nik Ahmad bin Nik Yaacob

017-9880299

 

 

Roslan bin Othman

 (019-9240896)

 

 

Berita Terkini

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Hubungi Kami

 

Ibu Pejabat Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia
(Central Welfare Council of Malaysia)

No. 2A, Lorong Syed Putra Kiri,
Off Jalan Syed Putra,
P.O. Box 10523,
50460 Kuala Lumpur.

 

Popular



Hakcipta Terpelihara Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia.