Kaji Selidik

Cara pengenalan laman web rasmi kami
 
Pusat Aktiviti Warga Emas
PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS


Perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Emas merupakan pilihan yang sesuai bagi warga tua masa kini dan akan datang, memandangkan bilangan warga tua semakin bertambah dalam masyarakat dan isu berkaitan dengan penjagaan selalu diperbincangkan. Warga tua digalakkan untuk terus tinggal bersama keluarga atau penjaga selama mungkin. Oleh itu perkhidmatan Pusat Aktiviti disediakan  bagi warga emas ketika penjaganya keluar bekerja. Diharapkan perkhidmatan ini akan dapat mengelakkan warga tua dari masuk ke institusi kebajikan.Program bercorak ala-komuniti seperti ini dapat memenuhi berbagai keperluan sosial golongan warga tua.
 
MPKSM mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas di dalam komuniti untuk memberikan bantuan dan sokongan moral kepada warga tua terutama yang menggunakan kemudahan ini.Adalah diharapkan di Pusat Aktiviti mereka dapat berdikari dan dapat berinteraksi sesama mereka dan juga dengan komuniti setempat.Pusat ini beroperasi setiap hari.  Perkhidmatan Pusat AktivitiWarga Emas   akan di tadbir oleh MPKSM Negeri/Daerah. MPKSM Negeri/Daerah akan mengaturkan persiapan dan kelengkapan yang bersesuaian.   Peruntukan mengendalikan Pusat ini disalurkan terus oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Pusat Aktiviti tersebut. Sehingga kini terdapat  18 Pusat Aktiviti Warga Emas yang telah beroperasi.
 

PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS

TUJUAN :
MPKSM   Negeri   diarah   memulakan perkhidmatan Pusat   Jagaan    Harian Warga Emas dibawah Projek Khas JKMM (dahulunya Pembiayaan Bank Dunia) bagi menampung keperluan warga tua di kawasan sekitar Rumah Sejahtera atau tapak yang dikenal pasti oleh MPKSM Negeri. Projek ini akan dibina berperingkat-peringkat bermula pada tahun 2000 hingga tahun 2002. 
 
Perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Tua merupakan pilihan yang sesuai bagi warga tua semakin bertambah dalam masyarakat dan isu berkaitan dengan penjagaan selalu diperbincangan.Warga tua digalakkan untuk terus tinggal bersama keluarga atau penjaga selama mungkin.Pusat Aktiviti disediakan bagi warga tua ketika penjaga bekerja. Perkhidmatan ini akan dapat mengelakkan warga tua dari masuk ke institusi. Program bercorak ala-komuniti seperti ini dapat memenuhi berbagai keperluan sosial golongan warga tua.
 
Perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Tua yang dicadangkan ini akan di tadbir oleh MPKSM Negeri/Daerah. MPKSM Negeri/Daerah akan mengaturkan persiapan dan kelengkapan rang bersesuaian. 
 
KATEGORI 
WARGA EMAS : 
Kategori warga tua yang hendak dipertimbangkan untuk menyertai Pusat Aktiviti Warga Tua adalah seperti berikut:-
 
i) Berumur 60 tahun ke atas 
ii) Tidak menghidapi penyakit yang berjangkit 
iii) Berupaya menjaga diri sendiri (berdikari) 
iii) Mempunyai sanak saudara yang boleh menguruskan pengangkutan berulang alik ke Pusat Aktiviti setiap hari dan 
iv) Minat menghadiri Pusat  Aktiviti secara sukarela. 
PROSES KEMASUKAN 
Proses kemasukan seseorang warga tua ke Pusat Aktiviti hendaklah mengikut peraturan seperti berikut: - 
 
1. Pemohon mengembalikan borang permohonan dan Laporan perubatan yang telah dipenuhi kepada Setiausaha Kehormat MPKSM Negeri yang berkenaan untuk pertimbangannya; 
 
2. Setiausaha Kehormat MPKSM Negeri mendaftarkan permohonan yang diterima dan mengemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Negeri semasa Mesyuarat bulanan untuk ulasan dan kelulusan. Sekiranya Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri tidak dapat diaturkan mengikut jadual, maka kelulusan masuk sementara akan diberikan oleh Setiausaha Kehormat.; 
 
3.. Setiausaha Kehormat mendaftarkan nama pemohon yang berjaya dalam buku daftar Pusat Aktiviti dan membuka fail kes. 
 
URUSAN PENTADBIRAN  :
Bagi urusan pentadbiran harian, tatacara perjalanan Pusat Aktiviti disenaraikan seperti berikut : - 
1. Setiausaha Kehormat mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan Pusat Aktiviti di bawah Projek Khas JKM ;
 
2. Satu Jawatankuasa Khas dibentuk oleh MPKSM Negeri untuk menyelia perjalanan Pusat Aktiviti Warga Tua.
 
3. Sebarang masalah atau kerumitan yang dihadapi oleh Setiausaha Kehormat MPKSM Negeri untuk makluman dan tindakan bersama dengan Jawatankuasa Khas Pusat Aktiviti hendaklah di rujuk kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk penyelesaian; 
 
4. Jawatankuasa Khas Pusat Aktiviti boleh melantik Penyelia Pusat Aktiviti dengan membayar  elaun bulanan dari peruntukan kewangan MPKSM Negeri bagi menguruskan pentadbiran dan perjalanan harian Pusat Aktiviti; 
 
5. Kemudahan peralatan dan kemudahan-kemudahan lain di Pusat Jagaan Harlan hendaklah disediakan oleh MPKSM Negeri.
 
6. Pusat Aktiviti akan dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang; 
 
7. Peserta Pusat Aktiviti hendaklah mendaftarkan nama mereka di kaunter yang ditetapkan dengan butiran seperti di lampiran "D" setiap kali hadir; 
 
8. Penyelia PusatAktiviti bersama Sukarelawan yang bertugas mengaturkan supaya peserta Pusat Aktiviti mengambil bahagian dalam aktiviti yang bersesuaian yang ditetapkan mengikut jadual termasuk; 
 
8.1. Fisioterapi; 
8.2. Kerja tangan 
8.3. Pertanian 
8.4. Keagamaan
8.5. Kebudayaan
8.6. Riadah (rekreasi) dan lain-lain 
 
9. Pusat Aktiviti akan menyediakan minuman pagi, makan tengah hari dan minuman petang kepada peserta Pusat Aktiviti. 
 
10. Peserta Pusat Aktiviti boleh menggunakan semua kemudahan yang 
disediakan. 
 

PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) - MPKSM

Bil

 Ng.

Alamat PAWE

No.Telefon/Fax

Pengerusi

Penyelia

 

1

 

WPKL

 

PAWE WPKL

Lot 3716, Jalan 17, Off Jln.Kuari,

Cheras Baru,56100 Kuala Lumpur

 

03-42803460

 (Tel&Fax) 

 

 

 

Pn.Siti

012-3940153

2.

 

 

 

 

3.

KEDAH

PAWE Daerah Kulim

Tmn.Mutiara Sg.Kob, ,

09700 Kulim,Kedah Darul Aman.

 

PAWE Sg.Petani

D/a Kompleks Penyayang

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

Kuala  Muda,Jln.Pahlawan,Tasik Apung

08000 Sg,Petani,Kedah

 

04-4039661(Tel)

 

 

 

04-4214086

 

Tn.Hj.Halim bin Abdullah

 

 

Dato’ Hjh Rokiah bt Hj.Hashim

 

Cik Jumilah Binti Ismail

013-4304979

 

 

Norhaslinda bt Hanafi

017-4097615

Pemb.Penyelia – Zainab bt Abdullah/ 012-4918379

 

4.

 

PERAK

 

PAWE Tanjung Malim

Lot 99, Jln.Ketoyong,

35900 Tg.Malim,Perak

 

05-4581323 (Tel & Fax)

 

 

En.Wong See Chin

 

Pn. Yam Bt Abdul Hamid

012-3217672

 

5.

 

 

 

6.

 

S’GOR

 

 

 

       “

 

PAWE Jenjarom

Lorong 21, Jln.Sek..Kg.Baru

42600 Jenjarom,Selangor

 

PAWE Sabak Bernam

Jalan Parit 1,Sg.Besar

45300 Selangor

 

03-31871468 (Tel)

 

 

 

03-32244225 (Tel/Fax)

 

 

En.Tia Chin How

 

 

Dato’ Hj.Baharin b.Mat Akhir

 

Ms.Lim

 

 

 

En.Bahari Bin Baharom

013-2664041

 

7.

 

N.S.

 

PAWE Seremban

(ROT) Kg.Seri Sikamat,

70400 S,ban,N.S.

 

06-7642082 (Tel/Fax)

 

 

En.Lee Ah Chai

 

Miss Lai Sew Lan

016-68039732

 

 

8.

 

 

 

9.

 

 

 

10.

 

 

11

 

 

PAHANG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PAWE Pekan

Lot 2592,Kg.Geylang,

26600 Pekan,Phg.

 

PAWE Raub

Lot 68, Jalan Lipis 

27600 Raub,Phg.

 

PAWE Bentong

No.60, Kaw.Rumah Sejahtera

Bt.Jln.Tras,28700.Bentong,Pahang

 

PAWE Kuantan

Kompleks Penyayang Kg.Tiram

25000 Kuantan,Pahang

 

09-4223776 (Tel)

 

 

 

09-3553396 (Tel/Fax)  

 

 

 

09-2234362 (Tel)  

09-2234845 (Fax)

 

 

09-4223776(Tel)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

En.Wan Mohd Zain b.Wan Mahmood

 

Dato’ Wong Ban Seng

 

 

En.Leong Weng Cheong

 

 

Tn.Hj.Zahidi bin Hj.Hussain

 

En.Mohd Shariff Bin Salleh

019-9216152

 

Pn. Suzilawati Jazilah Bt.Abd.Khalid

011-25643837

 

En.Nilam Marican Bin Ghulam

012-9647155

 

Hj.Ramli Abdullah

016-9625004

 

12

 

 

 

13

 

 

 

14

 

T’GANU



 

 

 

 

PAWE Marang

Jln.Tasik,Bkt.Payong,

21400 Marang,Terengganu

 

PAWE Besut

PT 3426,Jln.Tembila,Kg.Paya Rawa,

22000 Besut,Terengganu

 

PAWE Dungun

Lot.1961,Jln.Yahya Ahmad

23000 Dungun,Terengganu

 

09-6196813 (Tel/Fax)

 

 

 

09-6954001 (Tel) 

09-6958935 (Fax)

 

 

09-8443091 (Tel/Fax)

 

 Tn.Hj.Yusof bin Abd.Rahman

 

 

Tn.Hj.Yusof bin Kassim

 

 

Tn.Hj.Aziz bin Long

 

Nurija Bt Mat Saat

013-9360467

 

 

Zuraida Bt Aziz

019-9327742

 

 

Hj.Aziz Bin Hj.Long

013-9298899

 

15

 

 

 

JOHOR

 

PAWE Jln.Hj.Manan

Lot 1142,Jln.Hj.Manan,

86000 Kluang,Johor

 

Warga-emas_klg@ yahoo.com

 

-

 

En.Tey Kim Tee

019-7232626

 

16

 

 

17

 

MELAKA

 

 

 

 

PAWE Solok Bukit Pulau

Bukit Baru,75150 Melaka

 

PAWE Alor Gajah

Kompleks Penyayang A. Gajah,Melaka

 

06-2838397 (Tel)

 

 

06-5564134 (Tel)

 

 

Datuk Kian Sit Har

 

Tn.Hj.Yusof bin Kassim

 

Pn.Hjjh. Sarina Bt Arom

019 - 6811563

 

Pn.Khalimah Bt Ali

017- 6830759

18

K’TAN

PAWE Kemumin

Jln.Pdg.Tembak Pengkalan Chepa

16100 Kota Bharu,Kelantan.

 

 

09-7733023 (Tel/Fax)

 

Dato’ Hj.Ismail bin Hj.Hassan

 

Nor Farhani bt Che Nasir

017-9079891

 

 

Berita Terkini

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Hubungi Kami

 

Ibu Pejabat Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia
(Central Welfare Council of Malaysia)

No. 2A, Lorong Syed Putra Kiri,
Off Jalan Syed Putra,
P.O. Box 10523,
50460 Kuala Lumpur.

 

Popular



Hakcipta Terpelihara Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia.