Kaji Selidik

Cara pengenalan laman web rasmi kami
 
Warga Emas
PROGRAM KHIDMAT JAGAAN WARGA EMAS


Program Khidmat Jagaan Warga tua adalah satu-satunya program yang dilaksanakan oleh MAJLIS ini untuk kumpulan sasar warga tua dan pesakit-pesakit melarat yamg bercorak penyampaian perkhidmatan jagaan kepada akar umbi masyarakat melalui AhIi-ahli MPKSM sebagai para sukarelawan. Ianya merupakan satu khidmat yang bercorak "reaching out" yang  mana kumpulan sasar adalah warga tua, pesakit-pesakit melarat yang terlantar di Rumah Sejahtera (Rumah/Pondok MPKSM) dan juga dirumah persendirian yang tidak dapat jagaan sempurna.   Di samping itu melalui program ini membolehkan Ahli-ahli MPKSM secara sukarela bertangungjawab terhadap jagaan dan kesejahteraan kumpulan sasar tersebut dan menentukan mereka tidak terlantar, terabai dan terbiar begitu sahaja untuk menghadapi kehidupan seharian.Lawatan dari masa kesemasa dapat menentukan keperluan kumpulan sasar dipenuhi disamping membantu keluarga atau penjaga dalam menyelesaikan masalah masalah yang mereka hadapi.  Sehingga kini terdapat seramai  116 sukarelawan yang mengendalikan program ini dengan klien seramai 726 orang.
 

PROGRAM KHIDMAT JAGAAN WARGA EMAS (PKJ)

TUJUAN :
Program Khidmat Jagaan Warga Emas adalah satu-satunya program   yang dilaksanakan oleh MAJLIS ini untuk kumpulan sasar warga tua dan pesakit-pesakit melarat yang bercorak penyampaian perkhidmatan  jagaan kepada akar umbi masyarakat melalui Ahli-ahli MPKSM sebagai para sukarelawan. 
 
Program ini merupakan satu khidmat yang bercorak reaching out" yang mana kumpulan sasar adalah warga tua, pesakit-pesakit melarat yang terlantar di Rumah Sejahtera (Rumah/Pondok MPKSM) dan juga di rumah persendirian yang tidak dapat jagaan sempurna .
 
Program ini membolehkan Ahli-ahli MPKSM secara sukarela bertanggungjawab terhadap jagaan dan kesejahteraan kumpulan sasar tersebut dan menentukan mereka tidak terlantar, terabai dan terbiar begitu sahaja untuk menghadapi kehidupan seharian.Lawatan dari masa ke semasa dapat menentukan keperluan kumpulan sasar dipenuhi di samping membantu keluarga atau penjaga-penjaga dalam menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi.
 
Melalui program ini juga MPKSM memperkenalkan Perkhidmatan Bantuan di Rumah (Home help services) kepada warga tua yang daif dan tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan bantuan. Pekerja Sukarela yang dilatih akan membuat lawatan ke rumah warga tua untuk membantu menjalankan urusan harian seperti membersihkan tempat tinggal, pakaian, membeli belah, membayar  bil, menemani warga tua untuk seketika, memberikan latihan praktikal kepada ahli keluarga tentang teknik jagaan yang betul dan sebagainya.
 
KELAYAKAN   Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang tiada saudara-mara  atau mempunyai saudara-mara yang tidak berkemampuan dan tiada mata pencarian tertentu untuk menyara kehidupannya.
 
PROSIDUR PERLAKSANAAN  Menerusi permohonan kepada MPKSM Cawangan Negeri/Daerah 
DAFTAR/REKOD : Daftar dan rekod mengenai maklumat peribadi atau butir-butir setiap klien hendaklah disenggarakan. Antara butir-butir tersebut termasuk nama, umur, tempoh masa bantuan, kedudukan penghidupan dan kesihatan dan lain-Iain catatan yang perlu. 

 

 

Berita Terkini

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Hubungi Kami

 

Ibu Pejabat Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia
(Central Welfare Council of Malaysia)

No. 2A, Lorong Syed Putra Kiri,
Off Jalan Syed Putra,
P.O. Box 10523,
50460 Kuala Lumpur.

 

Popular



Hakcipta Terpelihara Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia.