Kaji Selidik

Cara pengenalan laman web rasmi kami
 
Kakitangan Sokongan
KAKITANGAN SOKONGAN :
 
Penyelia Pusat Aktiviti Warga Emas yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja MPKSM Negerl akan menjalankan tugas seperti berikut : - 
 
1.  Mempastikan Pusat Aktiviti Warga Emas beroperasi setiap hari kerja; 
 
2.  Mengaturkan jadual aktiviti harian di Pusat Aktiviti Warga Emas; 
 
3.  Membuat pemeriksaan di kawasan Pusat Aktiviti Warga Emas dan mencatatkan komen di dalam Buku Log; 
 
4.  Mempastikan piawaian minima jagaan di Pusat Aktiviti Warga Emas ( dengan merujuk kepada peraturan- peraturan Pusat Aktiviti Warga Emas 1994 –Akta Pusat Jagaan 1993) 
 
5.  Mengadakan daftar kehadiran harian peserta Pusat Aktiviti Warga Emas. 
 
6.  Menemubual semua peserta Pusat Aktiviti Warga Emas sebaik sahaja mereka hadir di Pusat Aktiviti Warga Emas pada hari pertama kehadiran dan merekodkan  di dalam fail peribadi, dan seterusnya temu bual berkala untuk meninjau kemajuan; 
 
7. Menerima aduan daripada peserta Pusat Aktiviti Warga Emas dan membawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri; 
 
8. Melaporkan segala hal yang berlaku termasuk kecemasan  kepada Penyelia Pusat Aktiviti Warga Emas dan pihak berkuasa lain (jika ada); 
 
9.  Mengaturkan langkah-Iangkah pencegahan kebakaran dengan nasihat daripada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat. Di samping itu mem~pastikan juga alat-alat pemadam api dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Latihan mencegah kebakaran diadakan secara berkala kepada semua peserta Pusat Aktiviti Warga Emas.
 
10.  Merujukkan peserta Pusat Aktiviti Warga Emas yang memerlukan rawatan perubatan kepada Pegawai perubatan serta-merta; 
11.  Menentukan peraturan Pusat Aktiviti Warga Emas dipatuhi oleh semua peserta dan sukarelawan  yang bertugas (jika ada) ; 
 
12.  Memberi laporan bulanan kemajuan PusatJagaan Harian kepada Setiausaha Kehormat dan seterusnya dimajukan kepada Jawatankuasa Kerja Negeri dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri serta Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia. 
 
KEAHLIAN MAJLIS PUSAT KEBAJIKAN SEMALAYSIA 
 
( 1)  Keahlian MAJLIS ini tidak berbentuk keagamaan, bangsa atau politik dan terbuka kepada pekerja-pekerja masyarakat yang bersimpati dengan tujuan-tujuan serta kegiatan-kegiatan MAJLIS ini, pengetahuan, pengalaman dan latar belakang mereka yang boleh berguna kepada MAJLIS ini dan Pertubuhan Kebajikan Sukarela disisi undang-undang. 
 
(2)  Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat dengan bertulis atau diatas borang yang disediakan serta dicadang dan disokong oleh dua orang ahli MAJLIS ini. Permohonan ini hendaklah dihantar dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kerja di Peringkat Cawangan Daerah samada menerima atau menolak permintaan untuk menjadi ahli. Borang permintaan bersama dengan yuran yang ditetapkan akan dihantar kepada MAJLIS ini melalui Cawangan-cawangan   Negeri untuk kebenaran Jawatankuasa Kerja MAJLIS ini. Pemohon tidak boleh menjadi ahli terus kepada Cawangan Daerah atau Negeri.
 
(3) Hanya Ahli Seumur Hidup dan Ahli Biasa berhak mengundi dan memegang jawatan dan menjadi perwakilan Mesyuarat Agung.
 
JENIS-JENIS KEAHLIAN
 
1)  Ahli Seumur Hidup
 
Sesiapa yang  membarar yuran RM50.00 dinamakan Ahli Seumur Hidup dan mempunyai hak mengundi. 
 
2)  Ahli Biasa 
 
Sesiapa yang berumur 18 tahun keatas yang tinggal dalam kawasan Bandar (Majlis Daerah, Majlis Bandaran, Majlis Perbandaran dan sebagainya) dan Luar Bandar (Kerajaan Tempatan) yang telah membayar yuran tahunan sebanyak RM2.00 bagi tahun itu dinamakan Ahli Biasa dan mempunyai hak mengundi. 
 
3)  Ahli Kehormat 
 
Individu yang terkemuka dalam bidang kebajikan masyarakat boleh menjadi Ahli Kehormat diatas jemputan Jawatankuasa Kerja.
 
4) Ahli Gabungan
 
Pertubuhan Kebajikan sukarela mempunyai tujuan yang sama dengan MAJLIS boleh memohon kepada MAJLIS untuk menjadi Ahli Gabungan. 
 
5)  Ahli Atas Jawatan
 
(a) Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia selaku Penasihat 
MAJLIS 
 
(b)   Wakil lain-lain Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang  dijemput oleh MAJLIS 
 
YURAN KEAHLIAN
 
1)  Ahli Biasa  - RM2.00 bagi setahun .
2)  Ahli Seumur Hidup - RM50.00 seorang 
3)    Bayaran Masuk   - Semua permintaan menjadi ahli dikenakan bayaran 
masuk sebanyak RM5.00 yang akan dibayar kepada MAJLIS ini. 
Pembayaran Yuran
 
Semua yuran hendaklah dimulakan dari 1 hb Januari tiap-tiap tahun dan hendaklah dibayar tidak lewat dari akhir bulan Mac dalam tahun itu. Jika yuran seseorang ahli tidak dijelaskan hingga masa itu orang itu terhenti dari menjadi ahli dan tidak berhak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan serta terlucut dari apa- apa jawatan yang disandangnya. Rayuan bekas ahli boleh dipertimbangkan setelah dijelaskan tunggakkan yuran yang tidak dibayar.Semua yuran dan yuran masuk yang dikutip hendaklah dibayar dengan sepenuhnya kepada Cawangan-cawangan Daerah dan Negeri-negeri. Yuran-yuran (kecuali Yuran Masuk) hendaklah dibahagikan seperti di Fasal 14(3) Perlembagaan MPKSM dan dikirimkan ke Cawangan Daerah dan Negeri di dalam tahun yang sama. Terkini   Majlis mempunyai ahli melebihi tiga ribu orang meliputi ahli seumur hidup dan ahli biasa.
 
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 
 
Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) adalah pertubuhan sukarela yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan menerima bantuan kewangan daripada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan masyarakat melalui jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysiabagi mengendalikan aktiviti-aktiviti kebajikan yang dikendalikan dan tertakluk di bawah akta pertubuhan.  Setiap pertubuhan perlu mengadakan Mesyuarat Agung pada setiap tahun  sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan masing-masing.   Laporan Tahunan & Penyata Kewangannya perlu dikemukakan selepas berlangsung Mesyuarat Agung  kepada pihak yang  berkenaan seperti Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam  Negeri.   Bagi penderma yang menderma kepada Majlis ini (berupa kewangan) akan dikecualikan dari cukai pendapatan.
 
Pada lazimnya mesyuarat agung tahunan akan diadakan di cawangan-cawangan negeri sebagai tuan mengikut giliran. Kebiasaannya seramai 200 orang ahli-ahli MPKSM dari seluruh Semenanjung Malaysia akan hadir yang mana seramai 100 orang terdiri dari perwakilan dan selebihnya adalah pemerhati dan jemputan.  Pada lazimnya juga setiap kali mesyuarat agung diadakan, jamuan makan malam akan ditaja oleh Menteri Besar bagi negeri yang menjadi tuan rumah.
 
Pada tahun ini disamping mesyuarat agung diadakanjuga Seminar Peningkatan & Penjagaan Warga Emas yagn akan berlangsung bermula 18 hingga 20 Julai,2011 sepertimana Aturcara di lampirkan untuk makluman.

 

 

Berita Terkini

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Hubungi Kami

 

Ibu Pejabat Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia
(Central Welfare Council of Malaysia)

No. 2A, Lorong Syed Putra Kiri,
Off Jalan Syed Putra,
P.O. Box 10523,
50460 Kuala Lumpur.

 

Popular



Hakcipta Terpelihara Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia.