Kaji Selidik

Cara pengenalan laman web rasmi kami
 
Visi, Misi dan Objektif
VISI
Membantu kanak-kanak, remaja, wanita, warga tua dan orang kurang upaya menjadi rakyat yang taat setia dan berguna dimasa. hadapan serta menyumbang ke arah pewujudan satu bangsa Malaysia yang masyarakatnya:-
 
- bersatu-padu dan maju;
- berkualiti dan berwibawa;
- bermoral dan beretika;
- berbudaya ikram dan penyayang;
- sejahtera serta bersyukur.
 
MISI
Menentukan kumpulan sasar mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama dan yang kurang upaya.
 
Membina dan memupuk semangat tolong menolong, bantu membantu untul mengukuhkan budaya ikram dan penyayang.
 
Mewujud dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan kumpulan sasar kearah kesejahteraan hidup mereka.
 
OBJEKTIF
(1) Menasihat dan menguruskan masalah-masalah kemasyarakatan dalam Semenanjung Malaysia;
 
(2) Memula atau melaksanakan apa-apa perkhidmatan kebajikan masyarakat yang ternyata atau percubaan yang tidak diselanggarakan oleh lain-Iain pengusaha atau pertubuhan; 
 
(3) Mendapati pertolongan dan sokongan dari orang ramai dan Kerajaan untuk mencapai tujuan-tujuan MajIis ini; 
 
(4) Memajukan kebajikan bagi orang-orang yang tiada sempurna anggota atau fikiran, yang serba kekurangan, yang sengsara dan melarat dan menyanggup atau membantu dalam tugas memajukan apa-apa rancangan yang mendatangkan faedah kepada kebajikan seperti itu. 
 
(5) Menyanggup sebarang perkhidmatan kemasyarakatan samada secara langsung atau melalui Cawangan-cawangan Negeri menurut tujuan tujuan MAJLIS ini; .
 
(6) Memohon bantuan wang, wang pemberian terkumpul (block grant) atau sebarang wang untuk apa-apa rancangan atau projek yang dianjurkan oleh MAJLIS ini untuk pertimbangan Kerajaan, orang perseorangan, dan lain-Iain badan awam atau persendirian. 
 
(7) Memohon untuk bergabung serta menjadi perwakilan di dalam MajIis Kebajikan Masyarakat Kebangsaan Malaysia dan atau lain-lain Pertubuhan Kebajikan Kebangsaan Antarabangsa untuk penyertaan yang aktif.

 

 

Berita Terkini

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Hubungi Kami

 

Ibu Pejabat Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia
(Central Welfare Council of Malaysia)

No. 2A, Lorong Syed Putra Kiri,
Off Jalan Syed Putra,
P.O. Box 10523,
50460 Kuala Lumpur.

 

Popular



Hakcipta Terpelihara Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia.