Kaji Selidik

Cara pengenalan laman web rasmi kami
 
Perutusan yang DiPertua
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
 
BismiIlahirrahmanirrahim...
 
Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh
 
      Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinNYA saya diberi kesempatan untuk memberikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan khususnya Negeri Kelantan dibawah kepimpinan Y.Bhg.Dato' Haji ismail Bin Haji Hassan kerana sudi menjadi tuanrumah pada Mesyuarat Agung MPKSM pada kali ini.
 
         MPKSM kini telah pun menjangkau 61 tahun mengikut usia pendaftarannya. Bersyukur kita kerana Majlis ini terus diberi kepercayaan membantu Kerajaan yang juga merupakan sebagai rakan strategik kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dalam pengurusan kebajikan Warga Emas. Sepanjang setengah abad yang lalu kita telah dapat memberikan sumbangan perkhidmatan kepada kumpulan sasar sepertimana yang dipertanggungjawabkan iaitu Pengurusan Rumah Sejahtera, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Program Sukarelawan Home Help, Asrama Pelajar Miskin, Program Pengangkutan Unit Penyayang (UPWE) dan Penyelenggaran Bengkel Terlindung Membuat Sampul Surat.
 
      Saya amat bangga dan berterima kepada kepada semua pemimpin-pemimpin, AJK dan ahli -ahli di peringkat negeri serta daerah yang telah memberikan sumbangan khidmat dengan penuh dedikasi dan kerjasama yang mantap sekalipun dalam serba kekurangan dan penuh cabaran. Dengan sokongan dan kerjasama inilah kita dapat menguruskan aktiviti dengan baik dan cemerlang. Harapan saya biarlah ianya berterusan demi mengukuhkan lagi perkhidmatan MPKSM dalam membantu kumpulan sasar.
 
      Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) selaku Penasihat Majlis yang telah memberi bantuan, sokongan dan kerjasama yang padu dalam menjayakan program dan aktiviti MPKSM.
Sekian.
 
Wabilahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 
Menjana Mind a prihatin
 
 
(DATUK HAJAH MASTIKA  JUNAIDAH BT HUSIN)
 Yang DiPertua
MAJLIS PUSAT KEBAJIKAN SEMALAYSIA

 

 

Berita Terkini

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Hubungi Kami

 

Ibu Pejabat Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia
(Central Welfare Council of Malaysia)

No. 2A, Lorong Syed Putra Kiri,
Off Jalan Syed Putra,
P.O. Box 10523,
50460 Kuala Lumpur.

 

Popular



Hakcipta Terpelihara Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia.