Kaji Selidik

Cara pengenalan laman web rasmi kami
 
Sejarah
Pengenalan
 
MPKSM adalah sebuah Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) peringkat kebangsaan yang telah berdaftar dengan R.O.S.
 
MPKSM telah terlibat dalam program khidmat jagaan dan perlindungan kepada orang tua/ warga emas sejak 1950an lagi.
 
Penubuhan MPKSM:
Ditubuhkan pada tahun 1946 dengan nama Majlis Pusat Kebajikan Malaya.
 
Majlis ini telah pun sah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 no.303 (Selangor) pada 28.06.1951.
 
Ditukarkan namanya kepada Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia pada tarikh 
21.08.1986.
 
Pada awal penubuhan, .ahli- ahlinya dilantik oleh kerajaan dan Yang Di Pertua pertamanya ialah Mrs. A.T. Newboult, isteri kepada Ketua Setiausaha Kerajaan pada ketika itu.
 
Pada masa kini, Pegawai-pegawai Majlis peringkat pusat dibantu 12 MPKSM Cawangan Negeri dan 79 MPKSM Cawangan Daerah bagi menjamin kelancaran program dan aktiviti yang sediada atau akan dilaksanakan kelak.
 
Bilangan ahli berdaftar dengan MPKSM pada tahun 2007 ialah seramai 3,964 orang ahli termasuk keahlian biasa dan keahlian seumur hidup.
 
Rumah Orang Tua MPKSM
 
Rumah-rumah Orang Tua (Warga Emas) yang diuruskan oleh MPKSM terbahagi kepada 2 jenis:
1. Rumah Sejahtera
2. Pondok Sejahtera
Kedua-duanya mempunyai sejarah dan sebab penubuhan yang berlainan.
 
Rumah Sejahtera
 
Rumah bagi orang tua, miskin mula dibina dalam tahun 1954 di bawah Skim Penempatan Semula di kampung-kampung barn pindahan darurat.
 
Pembinaannya dibiayai dibawah peruntukan daripada Loteri Kebajikan dan Masyarakat dan bantuan dan sumbangan masyarakat setempat
 
Peringkat awal, lebih 90% penghuni R/S adalah bekas buruh asing yang tiada saudara mara atau pertalian keluarga dengan penduduk tempatan.
 
Pondok Sejahtera
 
Warga tua Melayu tempatan yang miskin enggan berpindah meninggalkan kampung asal mereka untuk tinggal di R/S di kampung-kampung barn pindahan darurat.
 
Mereka lebih bersedia untuk tinggal di kampung pilihan mereka sendiri di mana mereka dapat mempelajari ilmu agama dan bacaan Al-Quran.
 
Bagi memenuhi keperluan kumpulan warga tua luarbandar ini rumah yang boleh menempatkan 2-10 orang mula didirikan dalam tahun 1973, dikenali sebagai Pondok Sejahtera.
 

 

Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia telah ditubuhkan pada tahun 1946. Nama asal bagi MPKSM ialah Majlis Pusat Kebajikan Malaya. Central Welfare Council yang telah ditubuhkan selepas Perang ke-2 untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan ekoran daripada kesan peperangan.
 
Pada peringkat awal penubuhan Central Welfare Council, ahli-ahlinya dilantik oleh Kerajaan. Yang Dipertua Central Welfare Council yang pertama ialah isteri kepada Ketua Setiausaha Kerajaan pada masa itu iaitu Mrs. A.T. Newboult. Pada masa yang sama Central Welfare Council juga mempunyai Jawatankuasa Kebajikan di peringkat negeri dan daerah untuk membantu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan. Ahli-ahli Central Welfare Council di peringkat negeri mahupun daerah juga dilantik oleh kerajaan. Manakala pegawai-pegawai
Daerah telah dilantik sebagai Pengerusi dan Penolong Pegawai Daerah-Daerah sebagai Setiausaha Central Welfare Council peringkat Daerah.
 
Sementara itu, sumber kewangan utama bagi Central Welfare Council diperolehi daripada Lembaga Loteri kebajikan Masyarakat yang telah telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen pada tahun 1950. Apabila Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat dimansuhkan pada Oktober
1990, sumber kewangan MPKSM telah dibiayai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pembayaran dilakukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pada peringkat awal penubuhan , tanggungjawab Central Welfare Council
meliputi;
 
i) Latihan Pekerja Masyarakat (pekerja kilang)
ii) Pelajaran Bagi Orang Dewasa (kelas dewasa)
iii) Perkhidmatan Belia
iv) Perkhidmatan bagi orang Buta
v) Membantu Pesakit Batu Kering
vi) Jagaan Lanjutan Bagi Bekas Penyakit Kusta
vii) Perkhidmatan bagi orangorang cacat
viii) Bantuan Umum
ix) Rumah bagi orang-orang tua
 
Akhirnya secara berperingkat CentraWelfare Council telah menumpukan tanggungjawab kepada pengurusan rumah orang tua. Sebaliknya pengurusan bagi orang-orang buta telah diserahkan kepada Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia , bagi pesakit-pesakit batuk kering telah diambil alih oleh Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Batuk Kering Malaysia dan bagi pemulihan bekas pesakit kusta telah diuruskan oleh Persatuan Bagi Pesakit Kusta Malaysia.
Malahan Central Welfare Council adalah sebagai penaja dua buah pertubuhan iaitu Persatuan Bagi Mencegah Batuk Kering Malaysia dan Persatuan Bagi Pesakit Kusta Malaysia.
 
Pada 28 Jun 1951 Central Welfare Council telah didaftarkan dibawah Akta Ordinan Pertubuhan dengan nama MPKSM. Bermula dari itu MPSKM telah ditadbirkan oleh Pegawai-Pegawai MPKSM di Ibu Pejabat, 12 Cawangan Negeri dan 78 Cawangan Daerah. Dalam menjalankan pengurusan, MPKSM menerima geran tahunan daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan sumbangan derma daripada orang awam serta badan korporat.
 
Seterusnya perkhidmatan yang dijalankan oleh MPKSM telah berkembang merangkumi bidang-bidang penjagaan dan khidmat sosial bagi warga emas melalui kewujudan;
 
- Rumah Sejahtera (RS)
- Pusat Jagaan Harian Warga Emas(PJHWE)
- Program Khidmat Jagaan Warga Emas Di Rumah (Home Help)
- Program Pengangkutan Unit Penyayang
- Program Asrama Pelajar Miskin
 
Program dan aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan merupakan perkongsian bijak dan murni antara JKM dan MPKSM. Sejumlah peruntukan telah disediakan oleh JKKM untuk diurus dengan sebaik mungkin oleh MPKSM.
 
KRONOLOGI SEJARAH MPKSM
 
1946 Ditubuhkan (Selepas perang dunia ke 2) dengan nama ‘Central Welfare Council’.
 
1950 Menerima peruntukan dari Lembaga Loteri.
 
1951 Didaftar di bawah Ordinan Malayan Central Welfare Council, c/o Social Welfare Department’s Office Kuala Lumpur.
 
1962 Didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1962.
 
1986 Ditukar nama kepada MPKSM.
 
1990 Lembaga Loteri dimansuhkan.
 
1990 MPKSM diletak di bawah (Unit Penyelaras Dan Pengurusan) JPM dan peruntukan disalur melalui JKM.
 
2013 Ditukar nama kepada Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia

 

 

Berita Terkini

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Hubungi Kami

 

Ibu Pejabat Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia
(Central Welfare Council of Malaysia)

No. 2A, Lorong Syed Putra Kiri,
Off Jalan Syed Putra,
P.O. Box 10523,
50460 Kuala Lumpur.

 

Popular



Hakcipta Terpelihara Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia.